Friday, July 13, 2018

Kedai Sup Gearbox Sedap di Kedah

Mee Kuah Tulang Singkir Darat Yan Kedah


Biasanya kami makan mee kuah tulang memang ada mee dan tulang je, dagingnya cuma secuit sahaja sekadar untuk buat lekat celah gigi. Memang jujur seperti namanya mee tulang 😂

Hari ini kami cuba pergi makan mee kuah tulang dekat Yan kedah, terasa macam kena tipu, sebab banyak pula dia letak daging. Kalau kena tipu macam ni memang kami suka HaHaHa.

Tadi kami order mee kuah gearbox sebab nampak itu yang paling special dekat kedai tu. Memang terbaik bak hang, punya banyak isi daging dan lemak yang melekat di tulang tu.

Memang luar biasa lembut daging dia mengalahkan short ribs yang dimasak selama 12 jam.. Bayangkanlah bila daging masuk ke dalam mulut je terus rasa cair seperti daging menari di atas lidah.

Bagi saya harga dia memang sangat berpatutan dan murah sangat dengan apa yang dia hidangkan dan kualiti yang dia bagi.

Siapa yang teringin nak cuba. ini kami share sekali lokasi dari google maps supaya hangpa senang untuk menternak lamak 🤭

Mee Kuah Tulang Singkir Darat
Lokasi : https://goo.gl/maps/YQozgfLeFXC2



0 comments:

Post a Comment