10 makanan yang mempunyai khasiat untuk
mencantikkan kulit.
Untuk entry kali ini
admin nak story about Vitamin E. Admin sangat suka mencari apa apa pun
pengetahuan tentang makanan yang ada Vitamin E, sebab admin seorang yang sangat
mementingkan perihal rambut, kulit dan kuku.
Setengah orang suka ambil VitaminE dengan cara supplementuntuk nampak
cantik , gebu dan flawless... tapi admin lebih sukakan khasiat yang ada pada
bahan bahan semulajadi...kerana ia lebih selamat dan berkhasiat...
Apakah kebaikan vitamin E? ok jom kita tengok apa ada pada Vitamin E...
Tahukah anda?
Vitamin E adalah vitamin yang memiliki sifat larut lemak dan sifat
antioksidan. Vitamin E ni sangat penting tau untuk kesihatan kita. Secara umumnya ianya
membantu mengatasi beberapa kesan
negatif yang berlaku kepada kulit.
Sifat antioksidan Vitamin E juga menjadi sebagai protecter radikal bebas
supaya kulit tetap segar dan sihat.
Manfaat lainnya adalah untuk menjaga jantung, hati dan ginjal juga tau.
Haaaa... hebatkan ?
Ok sekarang jom kita tengok makanan apakah yang mempunyai Vitamin E yang
banyak.
1. Zaitun
Buah atau minyak zaitun adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan
Vitamin E harian kita tau. Kalau saya, saya pilih minyak zaitun untuk masakan
dan menambahkan buahnya untuk salad, atau stail makanan orang Arab, makan
dengan roti .
2. Gandum
Bijirin jenis gandum juga merupakan bahan makanan yang kaya dengan
Vitamin E. Ia merupakan sumber yang kaya denagn Vitamin E. Patutlah kalau orang
yang negara makan gandum sebagai ruji
biasanya kulit-kulit mereka cantik-cantik.
3. Asparagus
Asparagus pula adalah makanan yang mengandung vitamin E yang mampu
membantu mencukupi keperluan vitamin E manusia. Asparagus memiliki jumlah
vitamin E sekitar 18 peratus dari keseluruhan keperluan manusia sehari.
Asparagus adalah tanaman yang berwarna hijau dan berbentuk seperti tombak.
Tanaman ini sangat terkenal di Jepun, Amerika dan Eropah. Di Malaysia asparagus
hidup diCameron Highland.
4. Biji bunga matahari
Suka tak makan kuaci atau biji bunga matahari? Haaa, biji matahari juga
mengandungi vitamin E yang tinggi. Setiap setengah gelas biji bunga matahari,
mampu mencukupkan keperluan 82 % vitamin
E harian kita. Ia juga memiliki kandungan mineral semulajadi.
5. Almond
Siapa yang tak kenal dengan kacang almond? Biasanya kacang jenis ini
banyak dimakan bersama dengan roti dan biskut raya dan lain-lain. Setiap satu
cawan kecil kacang almond mampu mencukupi keperluan vitamin E sebesar 27 mg. Rasanya
yang rangup dan lazat, sangat sesuai untuk dijadikan sebagai snek sihat
keluarga tercinta.
6. Sawi
Sawi tidak hanya termasuk makanan
yang mengandung vitamin E saja, ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi.
Kandungan kalsium ini membuat sawi
memiliki rasa yang pahit. Untuk negara Asia lain seperti Jepun, China,
dan Korea ia menjadi bahan masakan yang cukup diminati oleh masyarakat. Sayur
sawi mampu mencukupkan keperluan vitamin E lebih kurang 28.8 % dari keseluruhan
keperluan harian kita.
7. Brokoli
Satu lagi sayuran hijau yang kaya dengan vitamin E ialah brokoli.
Brokoli sangat baik untuk mencegah kanser. Kandungan vitamin A, C, D, dan K
juga membuatkan sayuran ini menjadi superfood di dunia perubatan. Selain itu,
brokoli juga mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Sangat disyorkan untuk
ibu2 mangandung ia sangat baik untuk pembentukan tulang janin anda.
8. Aprikot kering
Selain mengandung 4,3 mg dalam setiap 100 gram sajian aprikot kering,
buah ini juga kaya serat dan vitamin lainnya. Nak cantik rambut kulit? Amalkan
makan Aprikot ni.
9. Hazelnut
Hazelnut banyak mengandungi Vitamin E, serta nutrisi bermanfaat yang
lain seperti vitamin B. Kalau ditempat kita, biasanya kita akan makan dalam
bentuk snek atau jadi tambahan dalam bentuk produk-produk tertentu aje, contoh dalam coklat bar.
10. Tomato
Tomato juga salah satu buah atau sayuran yang boleh digunakan dalam
pelbagai masakan kita. Umumnya tahu, tomato mengandungi Vitamin E, C, zat Besi
dan serat.Sebiji buah tomato berukuran sederhana mengandungi 0.7 mg vitamin E.
Admin suka hiris nipis pakai kat muka, hasil nya kulit muka akan jadi lebih
lembab dan halus. Walaubagaimanapun masih banyak lagi makanan yang mengandungi
vitamin E, daging tanpa lemak, produk tenusu, telur , jagung, ubi, kubis, bijirin
dan minyak ikan cod pun sangat banyak vitamin E dan sangat banyak khasiatnya.
Ini antara 10 yang Admin sempat buat research sebab 10 ni antara yang
senang untuk dapat dan amalkan. Nak tau lagi lebih banyak, kalian buat kajian
sendiri pula yerrr...
Risiko kekurangan dan berlebihan Vitamin E
Kekurangan Vitamin E dalam tubuh kita boleh menyebabkan masalah
kesihatan tau. Antara beberapa risiko kesihatan yang terkait dengan kekurangan
vitamin E adalah sebagai berikut :
• Bayi prematur dengan
berat lahir yang rendah.
• Anemia karena
kekurangan vitamin E.
• Kulit kusam
• Darah rendah
• Dapat mempengaruhi
sistem saraf pusat dan mata.
• Dan dekat dengan risiko
penyakit kanser dan jantung.
Risiko berlebihan vitamin E pula, terutama mereka yang obses kulit
cantik ambil vitamin E dari supplement, boleh menyebabkan perdarahan dan juga
dapat menyebabkan keracunan tau. So sederhana saja la...
Ok la macam doktor dah rasa posting kali ni ...
Apa-apa pun jaga kesihatan, badan kita amanah dari Allah yang perlu
dijaga sebaiknya.
0 comments:
Post a Comment