Tuesday, January 23, 2018

Tulislah Kerana Allah


Tulisan Disetiap Sudut

Zaman ni ramai sangat yang suka menulis kan? menulis disetiap penjuru dari atas kertas ke media sosial... 
tapi apakah yang ditulis?
Adakah penulisan kita tidak menyakiti?
Adakah tulisan kita tiada unsur fitnah sesama sendiri atau orang yang tak dikenali?

Jom muhasabah...
Kalau nk story about menulis dikertas rasanya masih selamat lagi sekarang... tapi  kalau kita keluar sikit , moden sikit dari menulis dikertas iaitu ke media sosial....haaa isu ini mungkin serius sikit.


Ok,
Sekarang ni musim like and share... segala akan di sharing lebih2 lagi dimedia sosial yang paling meluas difacebook dan aplikasi whatsapp.

Dulunya facebook ni admin ingat mula2 admin belajar sign up... facebook ni jadi medan jumpa kawan2 lama je,untuk tanya kabar dan letak kata2 biasa2 je... tapi lama2 pandai try2 tulis menulis apa yang dihati, tulis segala hal yang terjadi... pastu mula berjinak2 kongsi ilmiah yang dapat...mcm tu aje.



Whatsapp pon begitu juga, sekadar jadi medium chating ngan kawan2 tanpa kredit, ganti SMS. (padahal guna juga duitnya nk topup internetnya...huhu) 

Tapi aplikasi whatsapp dan Facebook kini dah lebih hebat, ia sudah pun berjaya menjadi medium untuk mengetahui segala maklumat setanding dengan aplikasi lain yang lebih awal diperkenalkan dari kedua ni tau !

Segala Maklumat Melalui Tulisan

Saingan dengan blog dan web sendiri pun tak kurang hebat juga... FB dan WhatApp ni kan? dulu kita cari maklumat klik link pautan ke web atau blog.
tapi sekarang kita just taip dekat search yang ada dekat app facebook. Semua boleh jumpa disitu. Boleh dikatakan terlalu bnyak informasi dari facebook. Search aje segalanya disana.

Tengok lah web mana pon blog apa sekalipun pautannya pasti dipaut dengan facebook, atau facebook yang memaut link nya.


Whatsapp pula, ada yang suka tulis2 pastu minta orang sebar dengan caption hujung “mohon share”. Hingga apa yang ditulis tersebar ke beribu2 nombor malah berjuta2 penguna applikasi tu dapat menerima tulisan yang hasil dari ideanya.

Itu tak mengapa...cuma admin ingin ketengahkan hal tulisan yang ada.


Semua Suka Menulis

Perhatikan... bila semua minat nak menulis , bila ada medium terdedah yang pura2 tertutup sebab rasa orang tak kenali penulis ini kat mana wujudnya. Ramai yang dah mula ambil bahagian menulis. 
Dari mereka yang tak pandai nak tulis apa pun sebelum ni jadi menulis juga kan? 
Sebb itu paling2 kurang tulisan di facebook dan whatsaapp ni... biasanya lalu kat wall... “Assalamualaikum semua...”  Atau tanda emoji reaction smile ke sad ke sebijik...kan?
Namun semua tu tergolong dalam tulisan. 


Sebab itu lah, Segala jenis tulisan ada kat sana.
Dari tulisan hal utamanya utk sosial, ke politik, dakwah,ilmiah ,iklan dan niaga, hingga ke umpat keji, caci fitnah...sindir menyindir , sentap mnyentap...  Allahu... Astagfirullah.

Sedar tak kita semua kerana segala tulisan ini, ramai yang bergaduh kerana seayat tulisan.  Yang bercerai - berai kerana sedikit huruf yang ditulis dan disebar, bergaduh sesama saudara tak kurang banyaknya.

Haaaa.......inilah kuasa tulisan...

Apa Yang Anda Tulis ?


Jaga-jaga sahabat. 
Kebaikan yang kita tulis kebajikan yang kita dapat tapi kalau kejahatan yang kita tulis dosa yang kita angkat.

Pahala dan dosa ini kedua-duanya boleh jd jariah tau.

Kalau kita post sesuatu yang baik, InsyaAllah tulisan kebaikan yang kita tulis itu orang lain ikut sama, kita pun akan dapat pahala...tapi kalau tulisan kita tulisan tidak baik?
Apa akan akan jadi?



Kita makan, kita tengah minum, tengah tidur, tengah gembira-gembira...
Dosa kita dicatat kerana secebis tulisan kita yang jahat.
Setiap sebaran yang disebar, setiap kejahatan yang diikut, ditiru kerana tulisan jahat kita kita dapat kumpul dosa secara saham...
Nauzubillah.


Jadi semua kita yang pandai menulis membaca ni, timbang2kan setiap ayat yang nak disampaikan. 
Fikir dulu sebelum tulis dan sebar. 
Apa kebaikan? Apa keburukan jika aku sebar.
Nak jadi penulis, boleh...menulislah... itu satu pekerjaan mulia...
Tapi tulislah dengan jiwa yang takutkan Tuhan yang maha Melihat segalanya. Sebab segala akan dihisan dikira perbicraan diakhirat nanti. 

Kerana tulisan boleh kekal berzaman, mungkin kita sudah tidak ada lagi didunia, tulisan kita masih dibaca diikut.

Pesan Saidina Ali R.A



Dan bagi semua yang suka menulis,
Ingat selalu kata2 Saidina Ali R.A ;

"Semua penulis akan meninggal dunia kecuali tulisannya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti..."

Semoga diberi rasa gemar menulis kebaikan dan rasa gerun untuk menulis kejahatan... 


0 comments:

Post a Comment