Resepi Nona Manis
Kuih Nona manis sebenarnya baru je menular dilaman facebook dan diviralkan kesedapannya oleh rakyat Malaysia. Kuih Nona manis ini asalnya dari Indonesia. Rasa manis lemak nya dan rupa comelnya sesedap dan secantik namanya.
Untuk penyediaannya tidaklah susah sangat walau kelihatan agak rumit.
Kalau kita lihat pada kejadiannya kuih ini seakan akan kuih tepung pelita cuma kuih tepung pelita ia agak lembik dan ada air gula dibawahnya .
Nona manis pula ia seakan kosui tapi tidaklah terlalu kenyal, dan putih ditengah sebagai inti itu adalah santan.
Nona manis pula ia seakan kosui tapi tidaklah terlalu kenyal, dan putih ditengah sebagai inti itu adalah santan.
Ok untuk entry kali ni admin nak kongsikan resepi kuih Nona manis ni… admin dah cuba buat baru2 ni tau. Memang sedap. Anda mesti cuba.
Bahan-bahannya dikategori dengan 3 bahagian ; mudah nya saya guna A,B dan C. Ok jom...sediakan :
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (guna santan KARA dia pekat anda campur air sikit jadikan ia 1 cawan)
1 cawan tepung gandum
Cara untuk bahan A :
- Pukul telur hingga kembang.
- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
- Seterusnya campurkan semua bahan dengan telur blender sekali lagi sehingga sebati.
- Sebati, ketepikan.
Bahan B
1/2 cawan santan pekat (saya guna santan KARA)
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
Cara untuk bahan B :
- Satukan semua bahan.
- Kacau sebati dan tapis (supaya tiada yang tidak hancur)
- Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan pekat.
- Biarkan sejuk.
- Campurkan adunan ini kedalam bahan A, blender sebati. Ketepikan.
inilah rupa selepas dimasak |
Bahan C
1 kotak santan KARA (campurkan dengan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
- Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa kacau supaya tidak hangit hingga ia pekat dan agak-agak boleh di piping.
- Tunggu suam masukkan dalam piping bag.
Sementara itu kita panaskan dahulu pengukus.Balut tutup pengukus dengan kain supaya air pada tutupnya tidak menitis pada kuih. Sediakan acuan untuk kuih, admin guna acuan lompang yang kecil beli dekat kedai RM2 ECO. Jangan lupa oleskan acuan dengan sedikit minyak , tujuan agar tidak melekat.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 cawan acuan. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh. Susun dalam pengukus.
Kukus selama 7 ~ 10 minit. Angkat dan biarkan ia betul - betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Kukus selama 7 ~ 10 minit. Angkat dan biarkan ia betul - betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Dan taraaaaa… Sedia untuk dihidangkan sebagai juadah minum petang anda.
Cuba tau jangan tak cuba.
- Sory setengah gambar tak sempat nak snap, jadi baca elok2 faham betul2 yek, selamat mencuba dan selamat menjamu selera :)
0 comments:
Post a Comment